Koperasi Kospeta telah ditubuhkan pada 26 Mei 1983 bertempat di Hotel Travel Lounge Butterworth, Seberang Perai. Koperasi KOSPETA adalah Ahli Gabungan kepada Koperasi puncak iaitu ANGKASA yang bergabung dengan Ikatan Koperasi Antarabangsa(ICA).
Kini Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad telah meningkat usia ke dewasaannya menjangkau 30 tahun. Pada tahun 2012 Koperasi KOSPETA ingin mengembangkan perniagaan secara pasaraya maya diilhamkan oleh Pengerusi KOSPETA En. Azih Muda di mana KOSPETA akan membawa anggota dan pelanggan ke dunia perniagaan yang memberikan kemudahan terus bagi memperolehi barangan keperluan hanya di hujung jari. Kami menawarkan perkhidmatan urusniaga secara terus dan menjanjikan urusan transaksi niaga secara telus.